Saturday, November 6, 2010

Ade Sesiapa Tak Kenal Viagra???



Aku rasa hampir sume yang terbaca entri ni pernah dengar nama Viagra ni kan? Tanyelah sesape pun tak kiralah lelaki atau pompuan (kecuali kanak-kanak), mesti diorang tahu pasal ubat ni dan kegunaannyer. Untuk sesape yang tak tau tu, Viagra ni ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat erectile dysfunction atau name bahase melayunya mati pucuk. Jadi ubat ni sebenarnya ialah untuk merawat penyakit lelaki (tapi juga memberi faedah kepada perempuan, paham paham jela, haha). Korang tau tak yang ubat ni pada mulanya bukan dibuat untuk merawat mati pucuk tetapi untuk penyakit darah tinggi? Aku rasa ramai yang tak tahu kan? Rasanya ramai yang tahu pasal kegunaannya yang sekarang je ni. So, aku pun terpanggil nak bagi brief information pasal miracle medicine memandangkan aku pun tak lama lagi bakal menjadi ahli farmasi. Ini kiranya macam tanggungjawab aku jugaklah nak bagi information pasal ubat ni kat korang sume.



Viagra a.k.a. the Blue Pill ni dihasilkan oleh sekumpulan ahli kimia farmaseutikal daripada syarikat pengeluar ubat Pfizer. Viagra ni sebenarnya trade name dia je. Name sebenar bahan yang ada dalam pil ni ialah Sildenafil. Macam yang aku cakap tadi, tujuan asal ubat ni dihasilkan ialah untuk merawat panyakit darah tinggi dan jugak masalah jantung. Tapi bila diorang start jalankan percubaan klinikal yang pertama kat pesakit disebuah hospital di Swansea, diorang dapati yang ubat ni ade kesan yang sikit je dalam merawat penyakit jantung. Tapi yang jadi peliknya, pesakit lelaki yang terlibat dalam percubaan klinikal ni kerap datang ke hospital dan mintak ubat ni. Saintis-saintis yang terlibat dalam test ni semua jadi pelik. So, diorang decide nak buat interview kat pesakit lelaki yang kerap mintak ubat ni, nak tau jugak apasal yang diorang ni kemaruk sangat kat ubat ni. Korek punya korek, barulah diorang dapat tahu, ubat ni ada kesan lain yang jauh lagi 'gempak' dari apa yang diorang jangka.

Bila diorang buat kajian balik kat makmal, barulah diorang tahu yang ubat ni boleh bagi kesan kat alat sulit lelaki dengan meningkatkan kadar pengaliran darah ke tempat tu. Kalo aku nak cerita detail pasal camne ubat tu berfungsi dalam badan kang takut korang pening pulak. So, secara ringkasnya aku boleh cakap yang ubat ni boleh membantu lelaki mati pucuk hidupkan balik pucuk dia, haha. Penemuan ubat ni oleh para saintis telah memberikan sinar harapan baru kat lelaki-lelaki yang mati pucuk ni. Disebabkan permintaan yang terlampau tinggi, syarikat pengeluar ubat ni iaitu Pfizer telah mendapat keuntungan melebihi $1 billion dolar antara tahun 1999-2001. Overall boleh dikatakan yang ubat ni merupakan antara miracle medicine yang pernah dihasilkan dalam bidang farmaseutikal.



Sekarang ni hak pengeluaran ubat ni masih lagi dipegang olah syarikat Pfizer, maknanya hanya syarikat ni sahaja yang berhak menghasilkan ubat ni. Patent right ni valid sampai 20 tahun. jadi, dalam tempoh 20 tahun bermula tahun 1998, hanya syarikat ni yang berhak menghasilkan ubat ni. Disebabkan itu jugaklah harga ubat ni kalau korang nak tahu sangat mahal. Sebiji ubat ni dekat kedai farmasi adalah lebih kurang RM 200++. Ingat ye, sebiji, bukan sebotol. Sebab tu syarikat Pfizer ni boleh buat duit banyak. Tapi, ada jugak versi ubat lain yang fungsinya hampir sama dengan Viagra tapi dijual dengan harga yang lebih murah seperti Cialis dan Levitra.




Looking For Blogger's Lost Identity

"Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."

" Tagged by Afzan Raihan Izzati Hamzah "

1. Nama kalau mengikut I/C ialah Wan Muhammad Taufik bin Wan Taman. Lahir kat Hospital Besar Kota Bharu pada 4 Mac 1989 bersamaan 26 Rejab 1409, pukul 2.33 pagi. Jadi kalau mengikut perkiraan, umur aku kalau mengikut tahun Masihi dan tahun Hijrah adalah bersamaan 21 tahun.

2. Orang panggil aku Taufik @ Topek.

3. Kampung halaman yang tercinta adalah di Pasir Mas, Kelantan Darul Naim, negeri Serambi Makkah.

4. Walaupun berasal dari Pasir Mas, tapi aku tak pernah bersekolah kat sana. Bersekolah rendah di Pasir Puteh, Kelantan, kemudian menyambung pengajian di peringkat menengah ke Dungun, Terengganu, then ke Kuala Krai, Kelantan, pastu kembali ke Kuala Terengganu, Terengganu. Sekarang di UiTM Puncak Alam, dalam pengajian sebagai Ahli Kimia Ubat a.k.a. Ahli Farmasi.

5. Anak sulung dari lima orang adik beradik.

6. Sangat menyukai warna merah. Aku pun tak tahu kenapa tapi warna merah tu memang dah jadi fevrat kaler sejak aku kecik lagi. Patriotiklah katekan ( sebab bendera Kelantan kan kaler merah).

7. Sangat menyukai warna hijau (juga). Maklumlah, aku kan orang Kelantan.... (bendera kedua paling banyak kat Kelantan adalah yang berwarna hijau)

8. Pembela tegar ikan perhiasan. Daripada aku tak pandai membaca dan mengira sampai sekarang pun duk bela lagi.

9. Fevret music band adalah kumpulan KoЯn. Gua suka layan muzik Hard Rock \m/ \m/

10. Pernah masuk spital masa Form 1. Puncanya ialah wound infection akibat jatuh dalam tandas. Sebulan aku tak pergi sekolah sebab hari-hari kena cuci luka dekat klinik. Sampai sekarang masih lagi ada parut kat kaki sebelah kiri.

11. Suka melantak jeruk ataupun benda-benda yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. Kecik-kecik dulu suka makan limau kasturi dengan asam boi. Kadang-kadang makan limau nipis dengan gula+garam. Pernah ditegur dengan mak sedare yang juga seorang jururawat akibat tabiat ni. Tapi dah fevret kan, nak buat macam mane.

12. Pernah bercita-cita ingin menjadi angkasawan pertama negara. (sekarang dah tak boleh dah)

13. Antara pelajar tertinggi kat semua tempat yang aku pernah belajar. Current height adalah 177 cm.

14. Fevret sport adalah badminton dan sepak takraw. Tapi tak pernah wakil sekolah dalam sukan ni sebab ramai lagi yang terror.

15. Kipas susah mati Liverpool FC a.k.a. The Reds dan Kelantan FA a.k.a The Red Warrior. YOU'LL NEVER WALK ALONE!! GOMO KELATE GOMO!!!!

16. Drama kesukaan ialah House MD dan jugak Supernatural.

17. Antara jaguh-jaguh kampung dalam permainan guli. Tapi tu dulu, sekarang bisanya telah hilang dimamah usia..

18. Bukan seorang perokok.

19. Juga bukan seorang Superstar (mula kehabisan idea menulis)

20. Suka sangat gi Rantau Panjang kalo nak beli baju atau seluar.

21. Merasakan kereta Volkswagen Beetle tu sangat hensem. Kalo boleh time dah kerja nanti nak beli both the old version and the new one.

22. Sangat tak memilih kalo bab makan. Makan semua jenis makanan yang halal kecuali batu dan kayu.

23. Kain pelikat adalah pakaian kegemaran. Kalo satu hari tu aku takde urusan ape-ape ataupun tak keluar gi memane, alamatnya 24 jam la aku berkain pelikat.

24. Kalau boleh nak beisterikan orang Kelantan juga. Walaupun ramai rakan yang membantah, aku pedulik ape. Sebabnya?? time raya nanti senang, tak payah nak gaduh-gaduh berebut nak balik rumah yang mane satu. Praktikal!! Tapi kalo dah jodoh dengan orang bukan Kelantan, aku terima je seadanya. Tak dapek den nak nolong eh!

25. Finally, aku ni suka berangan sebelum tido, hehe.

Fuuhh, siap jugak bendalah ni. Penat gua pikir 25 poin yang gua tulis ni. Sesape yang terbaca entry ni dan belum lagi buat ni, ketahuilah yang buat entry ni memang PENAT!! Sape yang dah buat entry macam ni mesti tau jerit perih dan onak duri yang terpaksa diharungi. Kepada yang belum buat tu, go and make yourself one. Malaslah nak tag orang, so yang terbaca entry ni kira dah ditag oleh akulah yer...

Friday, November 5, 2010

Menang bererti anda memikul amanah rakyat




Rasanya masih belum terlewat untuk aku buat entri pasal pilihanraya kecil yang baru je berlangsung di Batu Sapi dan jugak Galas. aku tak nak berpihak kepada mana-mana kumpulan, cuma pesanan aku kepada pihak yang menang, ingatlah bahawa rakyat memilih anda dengan harapan anda boleh bawak suara mereka supaya segala keluhan dan rungutan mereka didengari kerajaan. jangan hanya tunjuk muka time nak pilihanraya je, lepas tu lesap buat tak kisah. banyak Yb yang tunjuk muka time pilihanraya je, lepas tu hilang. jumpa tak jumpa balik bila tiba pilihanraya seterusnya. anda sebenarnya telah memikul satu tanggungjawab yang sangat besar. anda membawa harapan beribu-ribu orang di bawah kawasan anda. jangan jadikan jawatan Yb ni sebagai tempat mengumpulkan harta, sedangkan anak mukim bawah jagaan anda menderita dan melarat. elaun yang anda terima sebagai wakil rakyat itu sebenarnya adalah duit rakyat sebagai upah kepada anda untuk membawa suara mereka. sekiranya anda tidak menjalankan tanggungjawab anda tetapi hanya sibuk berebut projek dan mengumpulkan harta, ingatlah duit elaun yang anda terima tu tidak berkat. jadi laksanakanlah tanggungjawab anda sebaiknya. jangan rosakkan amanah rakyat yang telah diserahkan kepada anda.







Monday, November 1, 2010

Banjir oh Banjir


biasanya kalau dah masuk hujung-hujung tahun ni mesti tak boleh lari dengan berita banjir. banjir ini dah memang sinonim dengan hujung tahun, terutama kat negeri negeri sebelah pantai timur. semalam kat berita tv3 dah keluar pasal banjir yang dah pun melanda negeri terengganu dan kedah. alhamdulillah, negeri kelahiran aku, kelantan masih lagi belum kedengaran berita banjir ini. dengar-dengarnya paras sungai kat kelantan dah pun mencapai tahap berjaga-jaga peringkat jingga. tapi aku tahu, lambat laun kelantan akan ditimpa banjir juga. persoalannya bukan sama ada banjir atau tidak, tapi sama ada lambat atau cepat je.

semua tahu bila banjir dah melanda, banyak perkara akan terbantut. peniaga tak boleh nak bukak kedai, nelayan tak boleh turun ke laut sebab tengkujuh, even orang kerja ofis pun susah nak pergi kerja. jalan tutup la, ofis naik air la, pendak kata, kalau musim banjir ni memang banyak benda yang sangkut.



kepada sesiapa yang kawasan rumahnya berisiko ditenggelami air banjir tu, dinasihatkan supaya berjaga-jaga daripada sekarang. at least kalau bersedia awal-awal ini, boleh mengurangkan risiko kerugian harta benda. benda-benda seperti perkakas elektrik dan perabot tu eloklah letak kat tempat-tempat tinggi yang air tak boleh nak cecah. kalau yang ada anak kecil tu, pastikan diorang tak main air banjir, banyak perkara buruk boleh berlaku. risiko lemas tu satu hal, risiko terkena penyakit bawaan air banjir pun kena ambil pusing. penyakit-penyakit seperti taun memang mudah merebak time-time banjir macam ini.



tapi kadang-kadang ada jugak malaun yang suka ambik kesempatan time-time banjir ini. orang tengah kalut-kalut pasal banjir, dia pulak pergi mencuri. biasanya malaun-malaun ni akan target rumah-rumah atau kedai-kedai yang ditinggalkan oleh tuannya akibat banjir. apa punya makhluk la. patutnya orang yang kena musibah ini dibantu, bukannya lagi menyusahkan. nasihat kat sesiapa yang terpaksa meninggalkan rumah atau kedai akibat banjir, pastikan ia dikunci betul-betul.

lastly, kepada sesiapa yang terkena musibah banjir, banyak-banyaklah bersabar. ni semua ujian dan dugaan dariNya. hadapilah dengan tabah dan sabar. bila Dia uji kita, maknanya Dia masih sayangkan kita. jadi, banyakkanlah memohon perlindungan dan keselamatan dariNya, insyaAllah kita akan selamat....


Harga minyak naik lagi laa


aduhai, apa nak jadi la dengan malaysia ni. sume benda naik harga. beras naik harga, gula naik harga, rokok pun naik harga (yang ni takpe), hari ni minyak pulak yang naik harga. harga asyik naik je ni, turunnya tak pernah pulak. kesiankan la kami rakyat yang berpendapatan sederhana. kalau dengan harga barang yang sebelum ni pun orang ramai dah bersungut, sementelah la kalau kerajaan naikkan lagi, tak ke naye tu. dah la tahun ni bonus untuk kakitangan kerajaan takde. makin pening la ibu-ibu dan ayah-ayah nak cari dana lebih untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. maklumlah, sebelum sebelum ni bonus selalu ada, alih-alih tahun ni tak dapat la pulak.

berbalik pada minyak ni, nasib baik la yang naik tu minyak RON97 je, bukan RON95 sekali, sebab sekarang rasenye ramai yang pakai RON95. tapi ada juga yang cakap RON95 ni minyak yang mudah meletup, sebab pernah keluar paper pasal isu ni. sejauh mana kebenarannya, tu tak dapat dipastikan. tapi apa yang pasti, kenaikan harga minyak kali ni pasti membuatkan ramai rakyat yang tak paus hati.


Sekumpulan Yahudi membiarkan seorang rakyat Palestin dalam keadaan kritikal selepas satu serangan kejam


Sekumpulan Yahudi menyerang seorang rakyat Palestin ketika beliau sedang berjalan di Hillel Street di Barat BaitulMaqdis sehingga tidak sedarkan diri. Keluarga mangsa mengatakan beliau diberikan rawatan intensif di Hospital Hadasa Ain Karim.

Mereka menambah bahawa mangsa,Fareed Kamil Al-Toubasi dibiarkan dalam keadaan cedera parah setelah beliau menerima beberapa pukulan keras ke beberapa bahagian tubuh, termasuk kepala dan dada. Beliau mampu bangun untuk beberapa saat dan kembali tidak sedarkan diri.

sumber: http://palestinkini.info/?p=7994

Pemuda Palestin Maut Ditembak


Seorang pemuda Palestin maut Rabu lalu apabila tentera Zionis Israel (IOF) menembak ke arahnya ketika mengumpul batu kerikil di Gaza utara, sumber perubatan berkata.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan ketika memberitahu PIC mengatakan pasukan Zionus Israel melepaskan tembakan di Jihad Afana, 20, timur Jabaliya di Gaza utara. Tembakan itu terus mengenai memukulnya tubuhnya, beliau menambah. Beliau mengatakan dalam insiden berasingan, seorang remaja Palestin berumur 19 tahun detembak oleh IOF berhampiran lintasan Erez (Beit Hanun) ketika sedang mengumpulkan batu kerikil.

Sumber dari: http://palestinkini.info/?p=7943

Wednesday, September 1, 2010

Mercun dan Hari Raya

salam. hari ni, sedar tak sedar dah masuk hari ke-24 umat islam menunaikan ibadah puasa. sebulan di bulan Ramadhan ni memang rasa sangat singkat. pejam celik pejam celik bulan puasa dah nak abis dah. bila bulan puasa dah nak abis, maknanya raya pon dah nak dekat la, sebab puasa ramadhan memang tak boleh lari daripada raya.

kalau sebut perkataan raya ni, mesti ada benda-benda lain yang boleh kita kaitkan dengan raya ni. ketupat, lemang, rendang, biskut raya, duit raya, baju melayu, songkok, bla bla bla..., semua ni memang tak boleh lari daripada hari raya. tapi ada satu lagi perkara atau benda yang memang dah sebati dengan raya ni. benda yang satu ni kalau nak dekat dengan raya je mesti jadi fevret, sebab satu benda ni memang sangat best. kanak2 la yang paling suke benda ni. orang dewasa pon suka jugak, sebab diorang boleh buat banyak duit dengan benda ni. senang cerita benda ni memang jadi buruan setiap kali nak raya, bukan setakat jadi buruan orang yang suka main dengan benda ni je, benda ni pun jadi buruan polis jugak.

biasanya kalau dah dekat dekat nak raya ni, bisinglah kawasan kejiranan dengan bunyi letupan2 yang bermacam2. ada yang bunyi kuat, ada yang bunyi slow, yang tak bunyi langsung pun ada. pendek kata kalau bunyi benda tu kita tak dengar lagi dekat kawasan rumah kita, maknanya raya lambat lagi la tu, sebab bunyi benda ni selalunya menandakan yang raya sudah dekat. satu lagi, biasanya kalau dekat2 raya ni, mesti benda ni akan keluar kat berita tv. boleh kata tiap2 tahun benda ni akan keluar berita.

benda apa yang tengah dibebel-bebelkan ni sbenarnya?? kalau korang semua still tak dapat jawapan lagi tentang apa 'benda' yang disebut ni, usharlah gambar kat bawah ni....



























tengok apa 'benda' ni buat kat tangan adik ni

Monday, August 30, 2010

Merdekakah Kita??

Hari ni, 31 Ogos 2010, genap 53 tahun negara kita bebas daripada penjajahan oleh kuasa-kuasa barat. hampir seluruh tempat dalam negara Malaysia ni yang meraikannya dengan penuh gembira dan syukur. setelah lebih empat abad kita dijajah, akhirnya kita berpeluang untuk mentadbir negara dan tanah air kita sendiri. sememangnya kita patut bersyukur dengan nikmat kebebasan yang kita miliki sekarang, tapi persoalannya, apakah kita sekarang sudah pun merdeka dalam erti kata yang sebenar??

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan merdeka? adakah merdeka itu bermaksud kita sudah bebas daripada penjajah tanah air kita semata-mata? ataupun merdeka itu mempunyai skop maksud yang lebih besar? setiap orang mempunyai tafsiran yang sendiri tentang makna kemerdekaan dan kebebasan.

Sekarang, cuba kita renung kembali tentang perkara perkara yang berlaku di sekeliling kita dan cuba kita kaitkan dengan perkataan 'merdeka'. adakah gejala negatif seperti buang bayi, lumba motosikal haram, sumbang mahram, seks bebas dan segala jenis macam lagi membuktikan bahawa kita telah merdeka? bebas melakukan apa sahaja?





Buang bayi. Inikah yang diharapkan daripada kemerdekaan?







Rempit. Wajah pemimpin negara pada masa hadapan?






Sedarkah kita bahawa kita sebenarnya masih lagi belum merdeka sepenuhnya. kita sebenarnya masih lagi dijajah, walaupun bukan dari segi fizikal, tapi dari segi pemikiran dan budaya hidup seharian, kita masih lagi terikut-ikut dengan budaya yang dibawa penjajah dari barat. bermula daripada cara berpakaian remaja-remaja sekarang yang semakin liar hinggalah kepada cara pemerintahan negara, semuanya membuktikan kita masih lagi dijajah tanpa kita sendiri sedari. renung-renungkanlah.....


Friday, August 20, 2010

21 Ogos: Hari Hitam Untuk Umat Islam

Hmm, biasanya kalo kite sebut pasal bulan Ogos, mesti ramai yang akan kaitan bulan ni dengan bulan kemerdakaan, sbb hujung bulan ni kan tarikh ulang tahun kemerdekaan negara kita. tapi kan, selain dari kemerdekaan yang boleh dikaitkan dengan bulan Ogos ni, ada satu lagi peristiwa besar yang pernah berlaku, jugak dalam bulan Ogos tapi tak ramai yang tahu atau nak ambik peduli.

bagi sesape yang tak tahu, 21 Ogos 2010 ialah hari untuk memperingati satu peristiwa yang berlaku pada tarikh yang sama pada tahun 1969, iaitu serangan dan kebakaran besar ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. sudah genap 41 tahun peristiwa tersebut berlaku. peristiwa yang berlaku ni merupakan salah satu rancangan jahat zionis untuk melenyapkan masjid ni supaya cita-cita diorang untuk membina kuil mereka. orang yang bertanggungjawab mencetuskan kebakaran tersebut adalah Dennis Rohan, seorang zionis yang pada akhir perbicaraan telah dilepaskan atas alasan kurang siuman














mimbar salahuddin al ayubi berusia 700 tahun turut hangus terbakar



antara impak besar yang berlaku selepas peristiwa ni adalah penubuhan OIC yang matlamatnya adalah untuk melindungi palestin dan al-quds serta menyatukan semua negara umat islam. tetapi, kalau dilihat balik, OIC semacam tiada fungsi dalam melindungi bumi Al-quds. sehingga sekarang, Al-Quds masih lagi dalam keadaan terancam.

bersempena dengan hari Al-Quds sedunia hari ini dan juga di bulan Ramadhan al-mubarak ini, marilah kita semua menadah tangan memohon kepada ALLAH SWT supaya Al-Quds sentiasa dilindungi oleh ALLAH daripada ancaman zionis laknatullah. Al-Quds adalah milik seluruh umat islam. kita semua bertanggungjawab terhadapnya, dan rakyat Palestin diberi kelebihan oleh ALLAH SWT untuk mewakili seluruh umat islam dalam mempertahankan bumi israk. untuk rakyat Palestin, teruskan berjuang,doa kami sentiasa ada untuk kamu semua wahai pejuang-pejuang agama ALLAH.


Saturday, August 14, 2010

Haiwan Yang Halal dan Haram

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.

i- Firman Allah SWT:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)

ii- Firman Allah SWT:

“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai’th.

Perkara-perkara yang diharamkan:

1) Bangkai.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:

1. yang mati tercekik atau dicekik.

2.yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.

3.yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.

4.yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.

5.yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)

Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.

2) Darah yang mengalir.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.

3) Babi.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.

4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.

Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: “dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah.

5) Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.

Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW:
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).

Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.

Hujah al-Syafi’e berhubung dengan dubuk:

1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.
2. andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.

3.Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.

Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).

7) Keldai peliharaan.

Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-’Allamah Siddiq hasan Khan: “Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.” Sabda Nabi SAW:
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).

Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran).

Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya:

i- Hadith Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).

ii- Hadith Ibn Abbas:
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.

Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.

Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:

*Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-’Eid.

*Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja.

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi.

1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya).

2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafi’e dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya.

3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.

*Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.

‘Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. ‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.

Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: “barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”.

9) Anjing dan kucing.

pic from wikipediapic from wikipedia

Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing dating dengan beberapa faktor:

1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).

2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.

3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).

Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir:
“Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.
Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi’yyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.

Firman Allah SWT:
” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut:

1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram.

2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.

Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara’ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia.

Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini.

11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh.

Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram.
Binatang yang diarahkan bunuh:

Sabda nabi SAW:
“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).
Binatang yang dilarang bunuh:

Sabda nabi SAW:
Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati.

Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat:

” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)

13) Haiwan 2 alam:

pic from wikipedia

Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.

14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya:

Berdasarkan sabda nabi SAW:

“Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan.” (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya:

a) landak:
- yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad
- yang menghalalkannya: Malik dan Syafi’e
Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal.

b) katak:
- yang menghalalkannya: Malik
Dalilnya:
Umum ayat Allah:
“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan” (al-Maidah:96)

ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan.

Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan imam yang empat).

Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.
- yang mengharamkannya: Ahmad

Dalilnya:
Hadith Abd. Rahman Bin ‘Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya).
Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.
Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.

c) buaya:

* yang menghalalkannya: Malik, Syafi’e dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.

* yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring.

Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan.

d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini.

Saturday, July 31, 2010

Sesape minat ikan pelaga??

dah lame rasenye aku tak menulis kat blog ni. walaupun berlambak-lambak kerja @ assignment yang aku kena buat, tapi malam ni aku nak curi masa sikit untuk tulis entri kat blog yang dah berkulat ni. okeh, untuk entri kali ni aku nak tulis pasal sesuatu yang berkaitan dengan hobi aku daripada aku kecik lagi, iaitu hobi membela ikan hiasan. kalo sebut ikan pelaga, aku rase mesti 1 melesia ni akan tau apakah makhluk yang aku sebutkan tu. kalo ade yang tak tau, aku ucapkan selamat datang ke malaysia.. haha. ikan pelaga ni dah terkenal kat satu dunia, even USA punya rakyat pon bela ikan pelaga, kat benua antartika je yg xde bela. dulu mase aku kecik-kecik dulu byk gak yg aku bela. tapi bile da masuk sekolah asrama takde orang nak uruskan pasal ikan-ikan aku, so terpaksa la aku stop hobi aku ni. skang ni bile dah masuk universiti aku bole continue balik hobi aku ni. buat masa skang aku just ada 1 ikan pelaga jantan jenis crown-tail. rasa hepi giler biler dapat continue balik minat aku ni.




ni ikan pelaga yang aku bela

ikan pelaga ni kalo kat USA org panggil betta fish. kalo korang rajin, korang bole pergi kat YouTube, pastu search betta fish. kat situ korng boleh tgk macam macam variasi kaler dan jenis ikan pelaga ni, memang semua cantik-cantik. kalau korang berminat nak bela ikan ni dipersilakan. tak susah pon nak bela sebab ikan ni tak cerewet, tak macam ikan emas. ikan ni tak payah pkai oksigen kat dalam akuarium. air korang bole tukar seminggu @ dua minggu sekali. pasal makanan pulak, kat pet shop ade jual pellet yg khas untuk ikan ni, pellet saiz kecik. kalo tak nak bagi makan pelet, korang bole bagi makan cacing kering yang ada dijual kat pet shop. pendek kata memang sangat sangat senang nak bela. cuma yang tak bestnya pasal ikan ni ialah mereka-mereka ni tak boleh jadi geng kamceng, atau dalam erti kata lain ikan ni tak boleh letak sekali, sebab diorang ni suka sangat bergaduh. yela, dah name pon ikan pelaga, dah tentulah kejenye asyik nak berlaga je. sebab tu korang kena ade bekas asing-asing untuk bela ikan ni. tapi walau macam mana pon, ikan ni tetap praktikal untuk dijadikan pet kesayangan korang, cume tak boleh peluk je, haha. sesiapa yang ingin mencuba, i encourage you all to try ok???



yang ni bukan aku punya =p


Wednesday, July 28, 2010

KoRn - Oildale (Leave Me Alone)


Korn - Oildale Lyrics

verse 1:
look at you
feeling all good
you can resist
have to be all
hoping Head's
gonna feel great
talking shit
I let it go

Chorus:
Why dont you just leave me alone
my heart feels free from the past
holding onto feelings, feeling all that hate breathes
why don't you just leave me alone?

V2:
Rotten by us
think you're sooo drunk
I'll take this shit
all i had was
loving me
it was so good
but no ones in at night
you ripped that away

chorus:
Why dont you just leave me alone?
my hearts gonna break from the fall
holding onto feelings, feeling all that hate breathes
why don't you just leave me alone?

Bridge:
All the disrespect (all that this has meant?)
all the ignorant
all the voice that you took from me
YOU TRIED TO BE THE SHIT!
NOTHING BUT A HERETIC!
TALKING ABOUT HOW "OF ME"!!!!

BRIDGE 2:
HOW CAN YOU TALK WITHOUT ME?!!

NOW!!!!!

Chorus:
Why dont you just leave me alone
my heart feels free from the past
holding onto feelings, feeling all that hate breathes
why don't you just leave me alone?

outro:
LEAVE ME ALONE!!!
LEAVE ME ALONE!!!
LEAVE ME ALONE!!!
LEAVE ME THE FUCK ALONE!!!!!!

Tuesday, June 1, 2010

KoRn fan??? Anybody???




Salam sejahtera kat semua. entri ni bukan ape, saje2 je nak usha + survey ckit, hehehe. Errr.. ade tak dalam kalangan korang2 ni yang minat kat band yang bernama KoRn?? kalau ade fan KoRn yg bace entri ni, sila-silalah tinggalkan komen yer, just nak tgk bape ramai jer ok? yg bukan fan pon kalau nak tinggalkan komen ape salahnya, dipersilakan.

FYI, aku memang kipas-susah-mati @ fan tegar band ni. tapi aku kenal band ni agak lewat, kalau tak silap aku mase tu diorang dah releasekan diorang punya greatest hits dah pon. lagu first yang aku dengar dari band ni ialah lagu cover diorang dalam greatest hits tu, Word Up. lepas dengar lagu tu kat radio, aku terus gi cari album die kat kedai. stat2 daripada tu lah aku jadi fan band ni. so far, aku dah dengar hampir semua lagu diorang, dari album pertama diorang sampai album latest, siap boleh ingat lagi lirik-lirik lagu tu sume.

member2 aku sume dah tau yang aku ni memang fan giler2 band ni. diorang asyik tanya aku asal lah aku boleh minat lagu2 yang heavy cam KoRn ni, tak sakit kepala ke dengar lagu2 yang macam tuh?? haha, aku cakap kat diorang, kalau sakit kepala dah lama dah aku tak dengar. sebab tak sakit kepala la aku layan lagu diorang,hehehe. lagi satu, lagu KoRn ni takde la heavy sangat, ade berlambak2 lagi band yang lagi heavy dari KoRn, tapi fan still berlambak-lambak. ade yang berpuluh-puluh kali ganda lagi heavy dari KoRn. KoRn ni kire moderate la. kat sesape yang minat dengar lagu2 rock, try2 la dengar lagu2 KoRn, mesti boleh masuk punyer.

sejak daripada 1994 sampai sekarang, KoRn dah ade 8 album studio, dan album baru diorang yang ke-9 maybe akan keluar bulan julai ni. diorang punye single dalam album baru pun dah release, maknenye tak lame lagi la tu, gua dah tak sabar nak tunggu ni. antara album diorang yg jadi fevret aku ialah Follow The Leader, Untouchables, & Take A Look In The Mirror. lagu diorang yang jadi lagu fevret aku macam Freak On A Leash, Thoughtless, & Here It Comes Again. kat sesape yang nak try dengar lagu daripada band ni, aku cadangkan korang dengar lagu Freak On A Leash, Did My Time ataupun Falling Away From Me. bukak youtube, then search lagu2 ni ok?? mane tau kot2 korang suka kat lagu2 diorang and mungkin akan jadi fan jugak lepas ni, sape tau kan??

for those yang baru nak kenal and nak tau lebih detail pasal band ni, korang boleh bukak wikipedia then bace info pasal diorang. and pade sesape yang memang dah jadi fan, keep supporting band ni ok?? walaupun album2 latest diorang agak kureng sikit, tapi still ok gak lah bagi aku. and aku harap2 upcoming album ni lagi better dari yang lepas dan se'power' album2 awal diorang dulu. semoga terus sukses dalam menghasilkan muzik2 yang berkualiti.. KORN ROCKS!!!!


Terbongkarnya Dokumen Tentera Israel Berisi Nama-Nama Aktivis Yang Harus Dibunuh



serangan terhadap kapal Mavi Marmara yang telah dilakukan oleh tentera komando Israel pada pagi semalam ternyata telah dirancang terlebih awal oleh mereka. ini berikutan penemuan satu buku yang terjatuh dari saku salah seorang tentera Israel selepas mereka mendarat di atas kapal, yang mana di dalam buku tersebut tercatas senarai nama-nama aktivis yang harus dibunuh dan dihapuskan.

dokumen tersebut ditemui oleh salah seorang aktivis di atas kapal dan segera disiarkan oleh beberapa media antarabangsa, terutama media-media turki yang turut sama dalam kapal tersebut.

pendedahan dokumen tersebut telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang bantahan di Turki dan beberapa negara lain.

Monday, May 31, 2010

BACULnya Israel


Salam semua. semalam, satu dunia gempar bila Israel dengan baculnya telah anta pasukan koma lando diorang untuk serang konvoi bantuan ke Gaza berhampiran dengan perairan Gaza. dalam serangan tu, hampir 20 orang yang dah disahkan meninggal dunia dan berpuluh-puluh lagi cedera. akibat tindakan itu, hampir satu dunia telah mengutuk jenayah yang telah diorang lakukan kecuali amerika syarikat yang memang kita dah tau merupakan sekutu yang paling rapat dengan israel.

tindakan israel yang menyerang kapal yang hanya membawa muatan berbentuk bekalan makanan, ubat ubatan dan bahan binaan telah menunjukkan kepada kita betapa kejam dan zalimnya negara Israel dalam menekan dan menindas penduduk Gaza. mereka tidak mahu bantuan tersebut sampai kepada penduduk Gaza walaupun terpaksa menggunakan keganasan. Israel memberi tawaran bahawa bekalan tersebut boleh diberikan kepada penduduk Gaza tetapi dengan syarat ia mestilah melalui pihak mereka. pihak konvoi enggan dengan tawaran tersebut dan tetap bertekad untuk menghantar terus kepada Gaza kerana mereka tahu taktik kotor Israel. sekiranya bantuan dihantar melalui Israel, dikhuatiri barang-barang seperti simen untuk pembinaan rumah tidak sampai ke Gaza, tetapi sampai kepada pendatang yahudi untuk membina penempatan haram mereka, sudah banyak kali perkara semacam ini berlaku. tetapi dari satu sudut yang lain, kita boleh melihat bahawa serangan ini menunjukkan bahawa israel semakin terdesak setelah melihat sokongan dunia terhadap Gaza. dunia sekarang semakin sedar hakikat sebenar siapa pengganas sebenar setelah berpuluh-puluh tahun ditipu oleh media yang dikawal oleh mereka.

kepada peserta konvoi, hanya doa boleh kami panjatkan untuk anda semua yang sanggup bergadai nyawa melawan kezaliman zionis. tidak kiralah anda muslim ataupun tidak, anda telah melakukan suatu tugas yang sangat mulia. semoga kezaliman yahudi laknatullah ke atas penduduk tanah israk Nabi saw dapat ditamatkan tidak lama lagi insyaallah.


Friday, May 21, 2010

Komuter Lewat lagi

ari ni aku baru je sampai kat KL sebab aku ade program fakulti walaupun sekarang ni tengah cuti semester. program tu actually kat kedah tapi kitorang kena kumpul dekat kampus dulu, then baru bertolak. erhmmm.... tapi yang aku nak cerita dalam entri ni bukan pasal program fakulti, tapi pasal kelewatan KTM komuter yang aku naik untuk ke kampus aku. semalam aku naik keretapi ekspres wau dari rumah aku kat pasir mas untuk ke KL ni. kat tiket aku tu, dia tulis tren akan sampai dalam lebih kurang pukul 7.30 pagi. tapi biasanya tren macam ekspres wau ni mesti sampai lambat punyalah. aku dah banyak kali naik dan aku tau biasanya tren ni akan sampai kat KL sentral dalam pukul 9 lebih. tapi yang herannya, tren ekspress wau yang aku naik ari ni awal pulak sampai, on-time pulak tuh. aku kire agak impress jugaklah sebab dia sampai on-time, tak pernah2 aku naik sampai on-time, kire first time la ni. lepas dah sampai KL sentral, aku terus g beli tiket komuter nak ke kampus aku. mood kire hepi la sebab tren sampai awal, tapi yang aku baran, komuter pulak yang buat hal, sampai lambat. setengah jam aku tunggu baru komuter yang lewat tu sampai, hape daa... tapi tu kire ok lagi la, pernah sekali tu satu jam lebih aku tunggu, lagi aku hangin satu badan. aku amat2 la berharap yang pihak KTM dapat baiki lagi diorang punye service tu. bukan ape, sebab ramai yang guna komuter untuk pergi kerja la, sekolah la, macam2 lagi la. bila komuter sampai lambat, dah tentu2 la time diorang pun drag skali. nasib baik hari ni aku tak rushing sangat, kalau tak dah lama aku maki2 komuter yang lambat tu. harap2 keadaan macam tu pihak bertanggungjawab tolonglah selesaikan mane yang patut. kesian kat kitorang pengguna ni...