Monday, November 1, 2010

Harga minyak naik lagi laa


aduhai, apa nak jadi la dengan malaysia ni. sume benda naik harga. beras naik harga, gula naik harga, rokok pun naik harga (yang ni takpe), hari ni minyak pulak yang naik harga. harga asyik naik je ni, turunnya tak pernah pulak. kesiankan la kami rakyat yang berpendapatan sederhana. kalau dengan harga barang yang sebelum ni pun orang ramai dah bersungut, sementelah la kalau kerajaan naikkan lagi, tak ke naye tu. dah la tahun ni bonus untuk kakitangan kerajaan takde. makin pening la ibu-ibu dan ayah-ayah nak cari dana lebih untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. maklumlah, sebelum sebelum ni bonus selalu ada, alih-alih tahun ni tak dapat la pulak.

berbalik pada minyak ni, nasib baik la yang naik tu minyak RON97 je, bukan RON95 sekali, sebab sekarang rasenye ramai yang pakai RON95. tapi ada juga yang cakap RON95 ni minyak yang mudah meletup, sebab pernah keluar paper pasal isu ni. sejauh mana kebenarannya, tu tak dapat dipastikan. tapi apa yang pasti, kenaikan harga minyak kali ni pasti membuatkan ramai rakyat yang tak paus hati.


2 comments:

matpek said...

berat2..naik beskal la pahni belako..

shapoji said...

kenaikan harga petrol mungkin penyebab kekalahan BN dikedua2 tempat ngundi nati...aku raso la....