Friday, April 1, 2011

Naik Lagi? Bila Mau Turun?



Petikan dari KOSMO Online:

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.


Yeah!! Harga minyak naik lagi woo! Apa?? Marah?? Buat apa nak marah? Malaysia kan negara maju, so kalau setakat naik 20 sen tak payah la nak bising sangat. Rakyat pun semua kaya-kaya, diorang tak kisah even kalau harga minyak naik RM 20 sekalipun. Singapura punya minyak lagi mahal dari Malaysia, so kita kena la bersyukur kan, hahahahahaktuih!!

p/s: nasib baik aku pakai motor cabuk je.. moto cabuk minyak RON95 je dah cukup

Monday, March 7, 2011

Projek MeYahudikan Bait Al-Maqdis: Apa Peranan OIC?




Untuk artikel asal boleh rujuk di SINI:

Majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai oleh rejim Zionis mengumumkan bahawa sejumlah $24 juta diperuntukkan bagi “membangun dan menstruktur semula kawasan timur Baitulmaqdis”.

Kumpulan-kumpulan hak-hak kemanusiaan Palestin berkata pengumuman yang dikeluarkan oleh akhbar mingguan Hebrew pada Selasa lalu berkata lebih banyak program/ projek meYahudikan Bailtulmaqdis sedang dilaksanakan dengan bertopengkan tema “pembangunan dan penstrukturan”.

Akhbar Yerushalem pula berkata bahawa projek tersebut akan membawa kepada pertempuran antara penduduk asal berbangsa Arab yang menetap di timur Bailtulmaqdis dengan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) seperti yang berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini apabila penduduk asal itu mendapati rancangan tersebut bertujuan melenyapkan sebahagian besar kawasan penempatan mereka.

p/s: Kemanakah perginya OIC? Kenapa tiada khabar berita tentang OIC? Masih wujud lagikah OIC? Sebab kebelakangan ini OIC seolah-olah hilang tanpa khabar berita, sunyi sepi. Apakah peranan sebenar OIC dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas sepanjang masa oleh pendatang haram Yahudi? Adakah OIC sudah lupa bahawa salah satu tujuan pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk membela bumi Palestin? Mengapa seolah-olah tiada tindakan yang tegas daripada OIC? Dan yang paling menyedihkan sekali, mengapa ada pemimpin-pemimpin negara OIC sendiri sanggup bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan Israel untuk menindas rakyat Palestin? Jawapan kepada persoalan diatas mungkin boleh dijawab oleh para pemimpin negara OIC... itupun kalau mereka sudi menjawabnya.

Tuesday, February 1, 2011

Wajarkah Torres tinggalkan Liverpool, sertai Chelsea?




berita tentang perpindahan striker sepanyol, fernando torres dari kelab lamanya, liverpool ke chelsea memang dah jadi berita hangat bola sepak inggeris untuk minggu ni. dengan yuran perpindahan sebanyak 50 juta pound sterling, torres setuju untuk menyertai chelsea dengan kontraks selama lima tahun setengah.

keputusan mengejut torres untuk menyertai chelsea di hujung musim perpindahan sangat mengejutkan fans liverpool termasuk aku sendiri. even manager liverpool, kenny dalglish sendiri turut terkejut dengan tindakan torres untuk menyertai chelsea.

pada pendapat aku sebagai fan liverpool, keputusan torres ini dilihat sesuatu yang kurang wajar. ada beberapa sebab kenapa aku mengatakan yang ianya kurang sesuai. mungkin ada yang kurang bersetuju dangan pendapat aku ni, tetapi setiap orang ada pendapat masing-masing. antara sebab-sebab kenapa perpindahan torres adalah tidak wajar:

1) Torres buat keputusan untuk tinggalkan liverpool secara mengejut, di saat musim perpindahan sudah hampir ditutup. pada masa tu, liverpool dah pun bersetuju untuk menjual striker mereka ryan babel dengan anggapan torres akan kekal bersama liverpool. sekiranya torres menghantar transfer request lebih awal, mungkin keputusan menjual babel akan berubah. nasib baik jugaklah liverpool berjaya mendapatkan luiz suarez dan jugak andy caroll. kalau tak, pening jugak kenny dalglish nak mencari striker untuk liverpool.

2)kalaupun torres ingin berpindah ke kelab yang lain, sepatutnya beliau tunggu dulu hingga hujung musim ini. ini kerana liverpool sekarang dalam proses membentuk semula pasukan di bawah kendalian kenny dalglish. tinakan torres itu dilihat fans sebagai telah mencacatkan rancangan yang kenny telah lakukan untuk membaiki prestasi liverpool.

3) sebelum ini, torres telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin kekal bersama liverpool. tidak sampai sebulan pun selepas kenyataan itu dibuat, torres menyertai chelsea. ini seolah-olah telah menipu fans yang menaruh harapan tinggi untukya supaya terus kekal di anfield.

pada pendapat aku, itu antara sebab-sebab kenapa aku merasakan yang keputusan torress adalah tidak wajar. mungkin ada yang setuju dengan pendapat aku ni, dan mungkin ada yang tidak. apa-apa pun, torres ada alasan sendiri kenapa dia ingain berpindah. kepada torres, aku ucapkan selamat berpindah ke kelab baru anda dan terima kasih kerana membantu liverpool selama ini. kepada fans liverpool, biarkan torres pergi. daripada menyimpan player yang unhappy bila bermain untuk liverpool, lebih baik bawa masuk player yang determine untuk bermain bersama liverpool. kata-kata kenny dalglish untuk semua " tiada pemain yang lebih besar daripada Liverpool FC itu sendiri"




YOU'LL NEVER WALK ALONE

Saturday, November 6, 2010

Ade Sesiapa Tak Kenal Viagra???



Aku rasa hampir sume yang terbaca entri ni pernah dengar nama Viagra ni kan? Tanyelah sesape pun tak kiralah lelaki atau pompuan (kecuali kanak-kanak), mesti diorang tahu pasal ubat ni dan kegunaannyer. Untuk sesape yang tak tau tu, Viagra ni ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat erectile dysfunction atau name bahase melayunya mati pucuk. Jadi ubat ni sebenarnya ialah untuk merawat penyakit lelaki (tapi juga memberi faedah kepada perempuan, paham paham jela, haha). Korang tau tak yang ubat ni pada mulanya bukan dibuat untuk merawat mati pucuk tetapi untuk penyakit darah tinggi? Aku rasa ramai yang tak tahu kan? Rasanya ramai yang tahu pasal kegunaannya yang sekarang je ni. So, aku pun terpanggil nak bagi brief information pasal miracle medicine memandangkan aku pun tak lama lagi bakal menjadi ahli farmasi. Ini kiranya macam tanggungjawab aku jugaklah nak bagi information pasal ubat ni kat korang sume.



Viagra a.k.a. the Blue Pill ni dihasilkan oleh sekumpulan ahli kimia farmaseutikal daripada syarikat pengeluar ubat Pfizer. Viagra ni sebenarnya trade name dia je. Name sebenar bahan yang ada dalam pil ni ialah Sildenafil. Macam yang aku cakap tadi, tujuan asal ubat ni dihasilkan ialah untuk merawat panyakit darah tinggi dan jugak masalah jantung. Tapi bila diorang start jalankan percubaan klinikal yang pertama kat pesakit disebuah hospital di Swansea, diorang dapati yang ubat ni ade kesan yang sikit je dalam merawat penyakit jantung. Tapi yang jadi peliknya, pesakit lelaki yang terlibat dalam percubaan klinikal ni kerap datang ke hospital dan mintak ubat ni. Saintis-saintis yang terlibat dalam test ni semua jadi pelik. So, diorang decide nak buat interview kat pesakit lelaki yang kerap mintak ubat ni, nak tau jugak apasal yang diorang ni kemaruk sangat kat ubat ni. Korek punya korek, barulah diorang dapat tahu, ubat ni ada kesan lain yang jauh lagi 'gempak' dari apa yang diorang jangka.

Bila diorang buat kajian balik kat makmal, barulah diorang tahu yang ubat ni boleh bagi kesan kat alat sulit lelaki dengan meningkatkan kadar pengaliran darah ke tempat tu. Kalo aku nak cerita detail pasal camne ubat tu berfungsi dalam badan kang takut korang pening pulak. So, secara ringkasnya aku boleh cakap yang ubat ni boleh membantu lelaki mati pucuk hidupkan balik pucuk dia, haha. Penemuan ubat ni oleh para saintis telah memberikan sinar harapan baru kat lelaki-lelaki yang mati pucuk ni. Disebabkan permintaan yang terlampau tinggi, syarikat pengeluar ubat ni iaitu Pfizer telah mendapat keuntungan melebihi $1 billion dolar antara tahun 1999-2001. Overall boleh dikatakan yang ubat ni merupakan antara miracle medicine yang pernah dihasilkan dalam bidang farmaseutikal.



Sekarang ni hak pengeluaran ubat ni masih lagi dipegang olah syarikat Pfizer, maknanya hanya syarikat ni sahaja yang berhak menghasilkan ubat ni. Patent right ni valid sampai 20 tahun. jadi, dalam tempoh 20 tahun bermula tahun 1998, hanya syarikat ni yang berhak menghasilkan ubat ni. Disebabkan itu jugaklah harga ubat ni kalau korang nak tahu sangat mahal. Sebiji ubat ni dekat kedai farmasi adalah lebih kurang RM 200++. Ingat ye, sebiji, bukan sebotol. Sebab tu syarikat Pfizer ni boleh buat duit banyak. Tapi, ada jugak versi ubat lain yang fungsinya hampir sama dengan Viagra tapi dijual dengan harga yang lebih murah seperti Cialis dan Levitra.




Looking For Blogger's Lost Identity

"Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."

" Tagged by Afzan Raihan Izzati Hamzah "

1. Nama kalau mengikut I/C ialah Wan Muhammad Taufik bin Wan Taman. Lahir kat Hospital Besar Kota Bharu pada 4 Mac 1989 bersamaan 26 Rejab 1409, pukul 2.33 pagi. Jadi kalau mengikut perkiraan, umur aku kalau mengikut tahun Masihi dan tahun Hijrah adalah bersamaan 21 tahun.

2. Orang panggil aku Taufik @ Topek.

3. Kampung halaman yang tercinta adalah di Pasir Mas, Kelantan Darul Naim, negeri Serambi Makkah.

4. Walaupun berasal dari Pasir Mas, tapi aku tak pernah bersekolah kat sana. Bersekolah rendah di Pasir Puteh, Kelantan, kemudian menyambung pengajian di peringkat menengah ke Dungun, Terengganu, then ke Kuala Krai, Kelantan, pastu kembali ke Kuala Terengganu, Terengganu. Sekarang di UiTM Puncak Alam, dalam pengajian sebagai Ahli Kimia Ubat a.k.a. Ahli Farmasi.

5. Anak sulung dari lima orang adik beradik.

6. Sangat menyukai warna merah. Aku pun tak tahu kenapa tapi warna merah tu memang dah jadi fevrat kaler sejak aku kecik lagi. Patriotiklah katekan ( sebab bendera Kelantan kan kaler merah).

7. Sangat menyukai warna hijau (juga). Maklumlah, aku kan orang Kelantan.... (bendera kedua paling banyak kat Kelantan adalah yang berwarna hijau)

8. Pembela tegar ikan perhiasan. Daripada aku tak pandai membaca dan mengira sampai sekarang pun duk bela lagi.

9. Fevret music band adalah kumpulan KoЯn. Gua suka layan muzik Hard Rock \m/ \m/

10. Pernah masuk spital masa Form 1. Puncanya ialah wound infection akibat jatuh dalam tandas. Sebulan aku tak pergi sekolah sebab hari-hari kena cuci luka dekat klinik. Sampai sekarang masih lagi ada parut kat kaki sebelah kiri.

11. Suka melantak jeruk ataupun benda-benda yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. Kecik-kecik dulu suka makan limau kasturi dengan asam boi. Kadang-kadang makan limau nipis dengan gula+garam. Pernah ditegur dengan mak sedare yang juga seorang jururawat akibat tabiat ni. Tapi dah fevret kan, nak buat macam mane.

12. Pernah bercita-cita ingin menjadi angkasawan pertama negara. (sekarang dah tak boleh dah)

13. Antara pelajar tertinggi kat semua tempat yang aku pernah belajar. Current height adalah 177 cm.

14. Fevret sport adalah badminton dan sepak takraw. Tapi tak pernah wakil sekolah dalam sukan ni sebab ramai lagi yang terror.

15. Kipas susah mati Liverpool FC a.k.a. The Reds dan Kelantan FA a.k.a The Red Warrior. YOU'LL NEVER WALK ALONE!! GOMO KELATE GOMO!!!!

16. Drama kesukaan ialah House MD dan jugak Supernatural.

17. Antara jaguh-jaguh kampung dalam permainan guli. Tapi tu dulu, sekarang bisanya telah hilang dimamah usia..

18. Bukan seorang perokok.

19. Juga bukan seorang Superstar (mula kehabisan idea menulis)

20. Suka sangat gi Rantau Panjang kalo nak beli baju atau seluar.

21. Merasakan kereta Volkswagen Beetle tu sangat hensem. Kalo boleh time dah kerja nanti nak beli both the old version and the new one.

22. Sangat tak memilih kalo bab makan. Makan semua jenis makanan yang halal kecuali batu dan kayu.

23. Kain pelikat adalah pakaian kegemaran. Kalo satu hari tu aku takde urusan ape-ape ataupun tak keluar gi memane, alamatnya 24 jam la aku berkain pelikat.

24. Kalau boleh nak beisterikan orang Kelantan juga. Walaupun ramai rakan yang membantah, aku pedulik ape. Sebabnya?? time raya nanti senang, tak payah nak gaduh-gaduh berebut nak balik rumah yang mane satu. Praktikal!! Tapi kalo dah jodoh dengan orang bukan Kelantan, aku terima je seadanya. Tak dapek den nak nolong eh!

25. Finally, aku ni suka berangan sebelum tido, hehe.

Fuuhh, siap jugak bendalah ni. Penat gua pikir 25 poin yang gua tulis ni. Sesape yang terbaca entry ni dan belum lagi buat ni, ketahuilah yang buat entry ni memang PENAT!! Sape yang dah buat entry macam ni mesti tau jerit perih dan onak duri yang terpaksa diharungi. Kepada yang belum buat tu, go and make yourself one. Malaslah nak tag orang, so yang terbaca entry ni kira dah ditag oleh akulah yer...

Friday, November 5, 2010

Menang bererti anda memikul amanah rakyat




Rasanya masih belum terlewat untuk aku buat entri pasal pilihanraya kecil yang baru je berlangsung di Batu Sapi dan jugak Galas. aku tak nak berpihak kepada mana-mana kumpulan, cuma pesanan aku kepada pihak yang menang, ingatlah bahawa rakyat memilih anda dengan harapan anda boleh bawak suara mereka supaya segala keluhan dan rungutan mereka didengari kerajaan. jangan hanya tunjuk muka time nak pilihanraya je, lepas tu lesap buat tak kisah. banyak Yb yang tunjuk muka time pilihanraya je, lepas tu hilang. jumpa tak jumpa balik bila tiba pilihanraya seterusnya. anda sebenarnya telah memikul satu tanggungjawab yang sangat besar. anda membawa harapan beribu-ribu orang di bawah kawasan anda. jangan jadikan jawatan Yb ni sebagai tempat mengumpulkan harta, sedangkan anak mukim bawah jagaan anda menderita dan melarat. elaun yang anda terima sebagai wakil rakyat itu sebenarnya adalah duit rakyat sebagai upah kepada anda untuk membawa suara mereka. sekiranya anda tidak menjalankan tanggungjawab anda tetapi hanya sibuk berebut projek dan mengumpulkan harta, ingatlah duit elaun yang anda terima tu tidak berkat. jadi laksanakanlah tanggungjawab anda sebaiknya. jangan rosakkan amanah rakyat yang telah diserahkan kepada anda.







Monday, November 1, 2010

Banjir oh Banjir


biasanya kalau dah masuk hujung-hujung tahun ni mesti tak boleh lari dengan berita banjir. banjir ini dah memang sinonim dengan hujung tahun, terutama kat negeri negeri sebelah pantai timur. semalam kat berita tv3 dah keluar pasal banjir yang dah pun melanda negeri terengganu dan kedah. alhamdulillah, negeri kelahiran aku, kelantan masih lagi belum kedengaran berita banjir ini. dengar-dengarnya paras sungai kat kelantan dah pun mencapai tahap berjaga-jaga peringkat jingga. tapi aku tahu, lambat laun kelantan akan ditimpa banjir juga. persoalannya bukan sama ada banjir atau tidak, tapi sama ada lambat atau cepat je.

semua tahu bila banjir dah melanda, banyak perkara akan terbantut. peniaga tak boleh nak bukak kedai, nelayan tak boleh turun ke laut sebab tengkujuh, even orang kerja ofis pun susah nak pergi kerja. jalan tutup la, ofis naik air la, pendak kata, kalau musim banjir ni memang banyak benda yang sangkut.



kepada sesiapa yang kawasan rumahnya berisiko ditenggelami air banjir tu, dinasihatkan supaya berjaga-jaga daripada sekarang. at least kalau bersedia awal-awal ini, boleh mengurangkan risiko kerugian harta benda. benda-benda seperti perkakas elektrik dan perabot tu eloklah letak kat tempat-tempat tinggi yang air tak boleh nak cecah. kalau yang ada anak kecil tu, pastikan diorang tak main air banjir, banyak perkara buruk boleh berlaku. risiko lemas tu satu hal, risiko terkena penyakit bawaan air banjir pun kena ambil pusing. penyakit-penyakit seperti taun memang mudah merebak time-time banjir macam ini.



tapi kadang-kadang ada jugak malaun yang suka ambik kesempatan time-time banjir ini. orang tengah kalut-kalut pasal banjir, dia pulak pergi mencuri. biasanya malaun-malaun ni akan target rumah-rumah atau kedai-kedai yang ditinggalkan oleh tuannya akibat banjir. apa punya makhluk la. patutnya orang yang kena musibah ini dibantu, bukannya lagi menyusahkan. nasihat kat sesiapa yang terpaksa meninggalkan rumah atau kedai akibat banjir, pastikan ia dikunci betul-betul.

lastly, kepada sesiapa yang terkena musibah banjir, banyak-banyaklah bersabar. ni semua ujian dan dugaan dariNya. hadapilah dengan tabah dan sabar. bila Dia uji kita, maknanya Dia masih sayangkan kita. jadi, banyakkanlah memohon perlindungan dan keselamatan dariNya, insyaAllah kita akan selamat....