Friday, August 20, 2010

21 Ogos: Hari Hitam Untuk Umat Islam

Hmm, biasanya kalo kite sebut pasal bulan Ogos, mesti ramai yang akan kaitan bulan ni dengan bulan kemerdakaan, sbb hujung bulan ni kan tarikh ulang tahun kemerdekaan negara kita. tapi kan, selain dari kemerdekaan yang boleh dikaitkan dengan bulan Ogos ni, ada satu lagi peristiwa besar yang pernah berlaku, jugak dalam bulan Ogos tapi tak ramai yang tahu atau nak ambik peduli.

bagi sesape yang tak tahu, 21 Ogos 2010 ialah hari untuk memperingati satu peristiwa yang berlaku pada tarikh yang sama pada tahun 1969, iaitu serangan dan kebakaran besar ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. sudah genap 41 tahun peristiwa tersebut berlaku. peristiwa yang berlaku ni merupakan salah satu rancangan jahat zionis untuk melenyapkan masjid ni supaya cita-cita diorang untuk membina kuil mereka. orang yang bertanggungjawab mencetuskan kebakaran tersebut adalah Dennis Rohan, seorang zionis yang pada akhir perbicaraan telah dilepaskan atas alasan kurang siuman














mimbar salahuddin al ayubi berusia 700 tahun turut hangus terbakar



antara impak besar yang berlaku selepas peristiwa ni adalah penubuhan OIC yang matlamatnya adalah untuk melindungi palestin dan al-quds serta menyatukan semua negara umat islam. tetapi, kalau dilihat balik, OIC semacam tiada fungsi dalam melindungi bumi Al-quds. sehingga sekarang, Al-Quds masih lagi dalam keadaan terancam.

bersempena dengan hari Al-Quds sedunia hari ini dan juga di bulan Ramadhan al-mubarak ini, marilah kita semua menadah tangan memohon kepada ALLAH SWT supaya Al-Quds sentiasa dilindungi oleh ALLAH daripada ancaman zionis laknatullah. Al-Quds adalah milik seluruh umat islam. kita semua bertanggungjawab terhadapnya, dan rakyat Palestin diberi kelebihan oleh ALLAH SWT untuk mewakili seluruh umat islam dalam mempertahankan bumi israk. untuk rakyat Palestin, teruskan berjuang,doa kami sentiasa ada untuk kamu semua wahai pejuang-pejuang agama ALLAH.


2 comments:

matpek said...

Sempena Hari Memperingati Al-Quds Sedunia ini, apakah peranan kita selaku umat Islam? Apakah sekadar mengingati tarikh penting ini sahaja sambil bergoyang kaki tanpa adanya sebarang sensitiviti di hati? Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan kepada seluruh umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

hazman aka species1980 said...

hmmm.... nampaknya hari2 bersejarah sebegini.... ramai orang tak tahu dan blum ada sesiapa yang sebarkan untuk beri kesedaran...