Thursday, May 20, 2010

Sheikh Ahmad Yassin - Bapa Intifadhah Palestin


Sheikh Ahmad Yassin

salam semua.. untuk entri kali ni aku nak tulis pasal seorang tokoh yang aku sanjung dan respect. walaupun dia dah takde kat dunia ni, tapi pengaruh die still kuat dan takkan luput dari ingatan sesape yang kenal die. biasanya kalau kita sebut pasal tokoh pembebasan palestin, mesti akan terlintas dalam kepala korang nama yassir arafat, bekas presiden palestin. tapi berapa ramai je yang kenal dengan nama sheikh ahmad yassin. aku pernah jugakla wat survey pasal ni kat member aku. bila aku tanya kenal tak dengan yassir arafat, semua orang cakap kenal. tapi bila aku tanya kenal tak dengan sheikh ahmad yassin, berapa kerat je yang kenal. mungkin sebab nama die tak banyak keluar kat tv kot, kalau nak bandingkan dengan yassir arafat. apa yang istimewa sangat dengan tokoh ni sampai aku respect sangat kat dia? untuk pengetahuan semua, dia adalah salah seorang pengasas gerakan Harakah Al-Muqawwamah Al-Islamiah ataupun lebih dikenal sabagai HAMAS. jom kenali dia lebih detail.



Berjiwa kental walaupun lumpuh

sheikh ahmad yassin ni lahir kat kampung yang bernama al-jura, dekat dengan bandar Asqalan ataupun nama sekarang Ashkelon. beliau dengan keluarganya telah dihalau oleh pendatang yahudi dari kampungnya ke Gaza selepas kampung tersebut dirampas oleh tentera israel pada tahun 1948. masa umur beliau 12 tahun, beliau telah dilanda kemalangan masa tengah beriadah menyebabkan beliau lumpuh. beliau pernah memohon untuk menyambung pelajaran dan pernah belajar kat universiti al azhar, tapi oleh sebab kesihatannya yang tak berapa baik, beliau terpaksa belajar di Gaza.

beliau mula terlibat dengan perjuangan pembebasan palestin ni selepas menyertai pertubuhan Ikhwan Muslimin cawangan Gaza. melalui pertubuhan Ikhwan ni lah, beliau dapat inspirasi untuk berjuang bagi pembebasan palestin. pada 1987, beliau bersama seorang lagi tokoh, abdul aziz rantissi menubuhkan HAMAS, sebuah gerakan separa tentera yang bertujuan untuk melawan zionis yang menjajah negara mereka. dalam organisasi ni, beliau telah dilantik sebagai pemimpin spiritual. beliau sangat menentang sebarang kerjasama dengan yahudi zionis dan selalu menyeru umat islam seluruh dunia menentang zionis bersama mereka. bagi beliau, tiada cara lain untuk membebaskan palestin kecuali dengan berperang jihad fisabilillah kerana zionis tak pernah kenal erti perdamaian. antara kata-kata beliau yang terkenal ialah " kita telah pilih jalan ini, dan kita akan tamatkannya dengan syahid atau kemenangan".




Disayangi dan disanjung


oleh sebab sikap beliau yang keras terhadap zionis, beliau dah banyak kali ditangkap dan dipenjarakan oleh zionis hinggakan mata beliau hampir buta dan penyakit beliau makin teruk. tapi tu tak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang. beliau telah banyak kali menghadapi percubaan bunuh oleh zionis. pada 6 september 2003, zionis telah menembak bangunan yang diduduki beliau menggunakan peluru berpandu di Gaza, tapi dalam serangan tersebut, beliau terselamat. namun serangan pada 22 mac 2004 telah menyebabkan beliau syahid. beliau telah ditembak diluar masjid selepas selesai solat subuh olah helikopter Apache menggunakan 3 peluru berpandu.

beliau merupakan antara tokoh pejuang palestin yang dihormati oleh rakyat palestin, seorang yang kental, tabah dan keras dalam perjuangannya walaupun beliau seorang yang lumpuh. cuba korang lihat, seorang yang lumpuh seperti beliau boleh menggerunkan dan boleh buatkan si zionis tu tak senang duduk. betapa hebatnya beliau hinggakan zionis terpaksa lepaskan 3 peluru berpandu hanya untuk membunuh beliau, padahal beliau hanya seorang yang lumpuh dan kurang upaya. syahidnya beliau tak bermakna matinya perjuangan rakyat palestin, sebaliknya semakin meningkatkan api perjuangan mereka. HAMAS yang beliau tubuhkan tetap teguh dalam membela rakyat palestin dan insyaallah kemenangan akan menjadi milik mereka.



Selamat tinggal as-syahid. Tidurlah dengan damai

entri ni adalah pengenalan ringkas kepada beliau, kalau ingin mengenali lebih lanjut pasal tokoh hebat ni, korang boleh dapatkan buku tulisan ustaz Mazlee Malik bertajuk 'Syeikh Ahmad Yassin Bapa Intifadhah Palestin' terbitan karangkraf. aku memang respect sangat kat beliau sebab beliau adalah seorang yang sangat istiqamah dalam perjuangan beliau dan beliau jadikan islam sebagai landasan perjuangan beliau, mulai dari penubuhan HAMAS oleh beliau sampai beliau syahid menemui Pencipta. kalau nak dibandingkan dengan yassir arafat, bagi aku beliau lagi berketerampilan. yassir arafat pada peringkat awal perjuangan beliau memang menentang zionis, tapi lepas perjanjian Camp David, sikapnya berubah sama sekali menjadi alat zionis menganiaya rakyat palestin. harap-harap entri ini dapat beri sedikit info yang berguna kat korang semua. Salam~~~

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”

Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

1 comment:

safiyyahosman said...

bro..suka gila entry nih:)..
piya kenal sheikh ahmad yassin nih pun sebab ayah banyak cerita..

y taw dia buta..
n bila baca entry bro baru taw sbb dia jadi buta n lumpuh..
n piya ada baca..
time dia mati kena bom tue..
mayat dia dlm keadaan baik..
bahagian muka langsug xterjejas:)

last part yang rasullulah tue..
penah dgr jga time ceramah agama pasal anak anak palestin..
if ada lagi cerita y bro taw pasal benda mcmnih..buat la entry lagi ei..:)