Tuesday, May 11, 2010

HAMAS - Pejuang Kota Suci Baitul Maqdis


Logo Hamas

Hamas (حماس) merupakan akronim kepada Harakat al-Muqawama al-Islamiyya (الاسلامية المقاومة حركة), bermaksud Gerakan Pembebasan Islam, merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini menjadi parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Ismail Haniyeh adalah ketua kerajaan Hamas di Genting Gaza selepas memenangi pilihanraya.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun. Beliau adalah bapa spiritual Hamas dan telah mengetuai Hamas sejak penubuhannya pada 8 Disember 1987 hingga beliau syahid di tangan Zionis pada 2004. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin. Kebanyakan serangan Hamas adalah dilancarkan melalui sayap ketenteraannya, Briged Ezzeddin Al-Qassam. Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”

Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

6 comments:

shaffique said...

thanks for the info bro !


My latest entry : Rima Fakih - Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA

Nuril said...

Wah...
Thanks utk info bguna ni..

Nirwana A. said...

seriously sy sll dgr hamas ni dulu tp x sbrpa tahu about it.. now i know..

Unknown said...

kemah boh...

Azrul Hisham said...

bagus info ni... (^_^)

salam ziarah dari Geng Blogger :)

taufik wan said...

thanx 4 the comments guys.. memang jd tggungjawab kite untuk ambik berat pasal keadaan saudara kita di palestin