Monday, March 7, 2011

Projek MeYahudikan Bait Al-Maqdis: Apa Peranan OIC?




Untuk artikel asal boleh rujuk di SINI:

Majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai oleh rejim Zionis mengumumkan bahawa sejumlah $24 juta diperuntukkan bagi “membangun dan menstruktur semula kawasan timur Baitulmaqdis”.

Kumpulan-kumpulan hak-hak kemanusiaan Palestin berkata pengumuman yang dikeluarkan oleh akhbar mingguan Hebrew pada Selasa lalu berkata lebih banyak program/ projek meYahudikan Bailtulmaqdis sedang dilaksanakan dengan bertopengkan tema “pembangunan dan penstrukturan”.

Akhbar Yerushalem pula berkata bahawa projek tersebut akan membawa kepada pertempuran antara penduduk asal berbangsa Arab yang menetap di timur Bailtulmaqdis dengan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) seperti yang berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini apabila penduduk asal itu mendapati rancangan tersebut bertujuan melenyapkan sebahagian besar kawasan penempatan mereka.

p/s: Kemanakah perginya OIC? Kenapa tiada khabar berita tentang OIC? Masih wujud lagikah OIC? Sebab kebelakangan ini OIC seolah-olah hilang tanpa khabar berita, sunyi sepi. Apakah peranan sebenar OIC dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas sepanjang masa oleh pendatang haram Yahudi? Adakah OIC sudah lupa bahawa salah satu tujuan pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk membela bumi Palestin? Mengapa seolah-olah tiada tindakan yang tegas daripada OIC? Dan yang paling menyedihkan sekali, mengapa ada pemimpin-pemimpin negara OIC sendiri sanggup bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan Israel untuk menindas rakyat Palestin? Jawapan kepada persoalan diatas mungkin boleh dijawab oleh para pemimpin negara OIC... itupun kalau mereka sudi menjawabnya.