Monday, May 31, 2010

BACULnya Israel


Salam semua. semalam, satu dunia gempar bila Israel dengan baculnya telah anta pasukan koma lando diorang untuk serang konvoi bantuan ke Gaza berhampiran dengan perairan Gaza. dalam serangan tu, hampir 20 orang yang dah disahkan meninggal dunia dan berpuluh-puluh lagi cedera. akibat tindakan itu, hampir satu dunia telah mengutuk jenayah yang telah diorang lakukan kecuali amerika syarikat yang memang kita dah tau merupakan sekutu yang paling rapat dengan israel.

tindakan israel yang menyerang kapal yang hanya membawa muatan berbentuk bekalan makanan, ubat ubatan dan bahan binaan telah menunjukkan kepada kita betapa kejam dan zalimnya negara Israel dalam menekan dan menindas penduduk Gaza. mereka tidak mahu bantuan tersebut sampai kepada penduduk Gaza walaupun terpaksa menggunakan keganasan. Israel memberi tawaran bahawa bekalan tersebut boleh diberikan kepada penduduk Gaza tetapi dengan syarat ia mestilah melalui pihak mereka. pihak konvoi enggan dengan tawaran tersebut dan tetap bertekad untuk menghantar terus kepada Gaza kerana mereka tahu taktik kotor Israel. sekiranya bantuan dihantar melalui Israel, dikhuatiri barang-barang seperti simen untuk pembinaan rumah tidak sampai ke Gaza, tetapi sampai kepada pendatang yahudi untuk membina penempatan haram mereka, sudah banyak kali perkara semacam ini berlaku. tetapi dari satu sudut yang lain, kita boleh melihat bahawa serangan ini menunjukkan bahawa israel semakin terdesak setelah melihat sokongan dunia terhadap Gaza. dunia sekarang semakin sedar hakikat sebenar siapa pengganas sebenar setelah berpuluh-puluh tahun ditipu oleh media yang dikawal oleh mereka.

kepada peserta konvoi, hanya doa boleh kami panjatkan untuk anda semua yang sanggup bergadai nyawa melawan kezaliman zionis. tidak kiralah anda muslim ataupun tidak, anda telah melakukan suatu tugas yang sangat mulia. semoga kezaliman yahudi laknatullah ke atas penduduk tanah israk Nabi saw dapat ditamatkan tidak lama lagi insyaallah.


Friday, May 21, 2010

Komuter Lewat lagi

ari ni aku baru je sampai kat KL sebab aku ade program fakulti walaupun sekarang ni tengah cuti semester. program tu actually kat kedah tapi kitorang kena kumpul dekat kampus dulu, then baru bertolak. erhmmm.... tapi yang aku nak cerita dalam entri ni bukan pasal program fakulti, tapi pasal kelewatan KTM komuter yang aku naik untuk ke kampus aku. semalam aku naik keretapi ekspres wau dari rumah aku kat pasir mas untuk ke KL ni. kat tiket aku tu, dia tulis tren akan sampai dalam lebih kurang pukul 7.30 pagi. tapi biasanya tren macam ekspres wau ni mesti sampai lambat punyalah. aku dah banyak kali naik dan aku tau biasanya tren ni akan sampai kat KL sentral dalam pukul 9 lebih. tapi yang herannya, tren ekspress wau yang aku naik ari ni awal pulak sampai, on-time pulak tuh. aku kire agak impress jugaklah sebab dia sampai on-time, tak pernah2 aku naik sampai on-time, kire first time la ni. lepas dah sampai KL sentral, aku terus g beli tiket komuter nak ke kampus aku. mood kire hepi la sebab tren sampai awal, tapi yang aku baran, komuter pulak yang buat hal, sampai lambat. setengah jam aku tunggu baru komuter yang lewat tu sampai, hape daa... tapi tu kire ok lagi la, pernah sekali tu satu jam lebih aku tunggu, lagi aku hangin satu badan. aku amat2 la berharap yang pihak KTM dapat baiki lagi diorang punye service tu. bukan ape, sebab ramai yang guna komuter untuk pergi kerja la, sekolah la, macam2 lagi la. bila komuter sampai lambat, dah tentu2 la time diorang pun drag skali. nasib baik hari ni aku tak rushing sangat, kalau tak dah lama aku maki2 komuter yang lambat tu. harap2 keadaan macam tu pihak bertanggungjawab tolonglah selesaikan mane yang patut. kesian kat kitorang pengguna ni...




Thursday, May 20, 2010

Sheikh Ahmad Yassin - Bapa Intifadhah Palestin


Sheikh Ahmad Yassin

salam semua.. untuk entri kali ni aku nak tulis pasal seorang tokoh yang aku sanjung dan respect. walaupun dia dah takde kat dunia ni, tapi pengaruh die still kuat dan takkan luput dari ingatan sesape yang kenal die. biasanya kalau kita sebut pasal tokoh pembebasan palestin, mesti akan terlintas dalam kepala korang nama yassir arafat, bekas presiden palestin. tapi berapa ramai je yang kenal dengan nama sheikh ahmad yassin. aku pernah jugakla wat survey pasal ni kat member aku. bila aku tanya kenal tak dengan yassir arafat, semua orang cakap kenal. tapi bila aku tanya kenal tak dengan sheikh ahmad yassin, berapa kerat je yang kenal. mungkin sebab nama die tak banyak keluar kat tv kot, kalau nak bandingkan dengan yassir arafat. apa yang istimewa sangat dengan tokoh ni sampai aku respect sangat kat dia? untuk pengetahuan semua, dia adalah salah seorang pengasas gerakan Harakah Al-Muqawwamah Al-Islamiah ataupun lebih dikenal sabagai HAMAS. jom kenali dia lebih detail.



Berjiwa kental walaupun lumpuh

sheikh ahmad yassin ni lahir kat kampung yang bernama al-jura, dekat dengan bandar Asqalan ataupun nama sekarang Ashkelon. beliau dengan keluarganya telah dihalau oleh pendatang yahudi dari kampungnya ke Gaza selepas kampung tersebut dirampas oleh tentera israel pada tahun 1948. masa umur beliau 12 tahun, beliau telah dilanda kemalangan masa tengah beriadah menyebabkan beliau lumpuh. beliau pernah memohon untuk menyambung pelajaran dan pernah belajar kat universiti al azhar, tapi oleh sebab kesihatannya yang tak berapa baik, beliau terpaksa belajar di Gaza.

beliau mula terlibat dengan perjuangan pembebasan palestin ni selepas menyertai pertubuhan Ikhwan Muslimin cawangan Gaza. melalui pertubuhan Ikhwan ni lah, beliau dapat inspirasi untuk berjuang bagi pembebasan palestin. pada 1987, beliau bersama seorang lagi tokoh, abdul aziz rantissi menubuhkan HAMAS, sebuah gerakan separa tentera yang bertujuan untuk melawan zionis yang menjajah negara mereka. dalam organisasi ni, beliau telah dilantik sebagai pemimpin spiritual. beliau sangat menentang sebarang kerjasama dengan yahudi zionis dan selalu menyeru umat islam seluruh dunia menentang zionis bersama mereka. bagi beliau, tiada cara lain untuk membebaskan palestin kecuali dengan berperang jihad fisabilillah kerana zionis tak pernah kenal erti perdamaian. antara kata-kata beliau yang terkenal ialah " kita telah pilih jalan ini, dan kita akan tamatkannya dengan syahid atau kemenangan".




Disayangi dan disanjung


oleh sebab sikap beliau yang keras terhadap zionis, beliau dah banyak kali ditangkap dan dipenjarakan oleh zionis hinggakan mata beliau hampir buta dan penyakit beliau makin teruk. tapi tu tak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang. beliau telah banyak kali menghadapi percubaan bunuh oleh zionis. pada 6 september 2003, zionis telah menembak bangunan yang diduduki beliau menggunakan peluru berpandu di Gaza, tapi dalam serangan tersebut, beliau terselamat. namun serangan pada 22 mac 2004 telah menyebabkan beliau syahid. beliau telah ditembak diluar masjid selepas selesai solat subuh olah helikopter Apache menggunakan 3 peluru berpandu.

beliau merupakan antara tokoh pejuang palestin yang dihormati oleh rakyat palestin, seorang yang kental, tabah dan keras dalam perjuangannya walaupun beliau seorang yang lumpuh. cuba korang lihat, seorang yang lumpuh seperti beliau boleh menggerunkan dan boleh buatkan si zionis tu tak senang duduk. betapa hebatnya beliau hinggakan zionis terpaksa lepaskan 3 peluru berpandu hanya untuk membunuh beliau, padahal beliau hanya seorang yang lumpuh dan kurang upaya. syahidnya beliau tak bermakna matinya perjuangan rakyat palestin, sebaliknya semakin meningkatkan api perjuangan mereka. HAMAS yang beliau tubuhkan tetap teguh dalam membela rakyat palestin dan insyaallah kemenangan akan menjadi milik mereka.



Selamat tinggal as-syahid. Tidurlah dengan damai

entri ni adalah pengenalan ringkas kepada beliau, kalau ingin mengenali lebih lanjut pasal tokoh hebat ni, korang boleh dapatkan buku tulisan ustaz Mazlee Malik bertajuk 'Syeikh Ahmad Yassin Bapa Intifadhah Palestin' terbitan karangkraf. aku memang respect sangat kat beliau sebab beliau adalah seorang yang sangat istiqamah dalam perjuangan beliau dan beliau jadikan islam sebagai landasan perjuangan beliau, mulai dari penubuhan HAMAS oleh beliau sampai beliau syahid menemui Pencipta. kalau nak dibandingkan dengan yassir arafat, bagi aku beliau lagi berketerampilan. yassir arafat pada peringkat awal perjuangan beliau memang menentang zionis, tapi lepas perjanjian Camp David, sikapnya berubah sama sekali menjadi alat zionis menganiaya rakyat palestin. harap-harap entri ini dapat beri sedikit info yang berguna kat korang semua. Salam~~~

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”

Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

Tuesday, May 18, 2010

Gula Habis???

Salam semua. kali ni aku nak buat entry pasal isu gula yang tak cukup kat pasaran. pagi tadi aku ade terbaca pasal kisah gula tak cukup ni kat paper. menurut ape yang paper tu tulis, negeri-negeri yang kat pantai timur yang agak terjejas dengan masalah ni, sampai orang-orang kat Kelantan kena seludup gula dari Thailand, sampai macam tu sekali. Agak-agak kenapa boleh timbul masalah ni yer?? dan satu lagi, kenapa dekat pantai timur je?? ada sesetengah orang cakap sebab pekedai sorokkan bekalan gula, nak tunggu harga naik baru nak jual. tak tahu la betul ke tak, tapi kalau betul la macam tu, harap-harap pekedai berhentilah buat macam tu yer. itu dah kire tak jujur namenye tu, free-free je dapat dosa. berniaga memanglah untuk dapat untung, tapi buat ape dapat untung besar tapi tak berkat, tak kemana jugak akhirnya. kesian kat pengguna-pengguna macam kami ni, nak minum air ber'flavour' pun susah, kena jimat-jimat. tu belum kire makcik-makcik yang cari rezeki dengan buat kuih, mesti terjejas diorang punye income. semalam, masa adik aku pergi kedai, dia cakap harga gula kat kedai RM 2.00 sekilo. Mahal tuu.. tapi kalau tak silap aku, harga siling gula RM 1.65 je, tak boleh jual lebih daripada tu, correct me if i'm wrong. Aku rasa untuk masalah ni, harap-harap kerajaan kalau boleh cepat-cepatlah selesaikan masalah ni. kalau makin lama masalah ni, makin susahlah kami rakyat jelata nak hidup sebab gula tu kan keperluan harian.




Gula oh gula

Lambatnye Durian Nak Berbuah

Ahaha.. Entry entah papelah, tapi serius, dah tak sabar nak makan durian ni. Musim durian pun dah dekat ni. Daripada mase exam final lagi dah terbayang-bayang durian dalam kepala. Biasanye time cuti ni la durian start nak berbunga. dah dekat setahun rasenye tak makan durian yang kat belakang rumah, agak-agaknya bile lah nak berbuah yer?? mintak-mintaklah tahun ni durian berbuah ikut schedule, taknaklah macam tahun lepas, lewat. tahun lepas dalam bulan 8 baru boleh makan durian. time tu dah stat blajar dah, x sempat nak makan puas2.



Emmm.. sedap weh

Tuesday, May 11, 2010

HAMAS - Pejuang Kota Suci Baitul Maqdis


Logo Hamas

Hamas (حماس) merupakan akronim kepada Harakat al-Muqawama al-Islamiyya (الاسلامية المقاومة حركة), bermaksud Gerakan Pembebasan Islam, merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini menjadi parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Ismail Haniyeh adalah ketua kerajaan Hamas di Genting Gaza selepas memenangi pilihanraya.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun. Beliau adalah bapa spiritual Hamas dan telah mengetuai Hamas sejak penubuhannya pada 8 Disember 1987 hingga beliau syahid di tangan Zionis pada 2004. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin. Kebanyakan serangan Hamas adalah dilancarkan melalui sayap ketenteraannya, Briged Ezzeddin Al-Qassam. Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”

Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

Sunday, May 9, 2010

Pulau Perhentian Memang Awesome

TERBAIK!!!! Haha.... memang bestlah trip ke Pulau Perhentian ngan coursemates ni. Dapat jugak akhirnye menjejakkan kaki kat pulau ni. Sebelum ni just dapat tgk pulau tu kt tepi Pantai Bisikan Bayu, Dalam Rhu je. memang syok dapat lepaskan tension final exam kt sane. sampai skang masih lg duk trbayang mase gi snorkeling ngan candat sotong. rugi sape x join weh, rugi sangat2. thanks byk2 kat zakiah yg jd kitorang punye pengarah untuk projek gilang gemilang neh, jasamu dikenang. ape-ape pun, harap2 lepas ni kite bole wat trip yang macam ni lagi. only one word to describe it.... AWESOME!!!!!!



Pulau Perhentian.. lain kali kami datang lagi