Friday, April 30, 2010

Ade Aku Kesah???

Haih, untuk kesekian kalinya aku rase sampah giler jawab exam. hapekebende punyer soalan nieee??? adoooiii, memang teruk tahap 99 petala langit aku rase. dah dibace banyak2 kali pon lupe jugak.. lain yang aku bace, lain yang keluar. dah la soalan sume markah besar2, buat la soklan byk tp pecahan markah sikit2, senang la sikit nk skor. kalo xleh jawab soalan tu, boleh cover ngan soalan lain lagi. ini tak, satu soalan 16 markah, memang nganga jela kalo x boleh jawab. terbang gitu je 16 markah, banyak kot..

Untuk paper endo ni, aku taknak mintak lebih, lulus pon cukup la. aku memang x berangan langsung nak dapat B+ paper ni, apatah lagi dapat A. Lantak die la nak dapat bape pon, aku tak kesah, janji jangan repeat paper ni, aku tak nak lagi jumpe paper ni. ni last paper ni chemo pulak, aku rse nasib aku untuk chemo ni pon akan jadi macam endo jugak.. haih, dunia2..

yang penting, aku nak sume subjek aku lulus sume. pasal gred bape yang aku dapat.. ade aku kesah??? yang aku kesahkan skrang ni ialah kat mane aku patut beli google untuk aku pkai kat pulau perhentian ni. nak g snorkeling ni der.... SEKIAN


MEMBANGUN BERSAMA KELANTAN



Tuesday, April 27, 2010

Jom Kenali Freemason

Salam semua. ni ada satu artikel yang aku jumpa masa stream internet pasal freemason dan jugak illuminati. harap harap atrikel ni dapat bagi sedikit kefahaman kat kita pasal pertubuhan Dajjal ni. Artikel dipetik daripada http://hikmatun.wordpress.com/......

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.

Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.

Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.

Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.





Logo Illuminati


Monday, April 26, 2010

Goreng Pon Sodap Apo....

Hmmm..... dah memang tak boleh nak buat ape dah, trime jela... memang terbaiklah paper MKT420 tadi, terbaik dari yang terbaik daripada sume paper yang pernah aku jawab sebelum ni. tengok soalan pon ngeri je. adeh, ntah ape la yang aku mengarut atas kertas jawapan tadi, sume bende aku tulis, asal terlintas je terus pen meluncur atas kertas....

Aku pon tak taula berape markah yang aku dapat nanti. arap arap takde la sampai C+, dapat B- pon jadi la, tapi kalo dapat B ke sedap la sikit. tapi memang goreng tak hengat punyer, sume isi ditibai, memang sodap.. kalo gorengan atas kertas jawapan tu boleh ditukar jadi makanan, aku rase boleh jadi mi kungfu kot.. hahaha. dah la tulisan memang persis font komputer, mintak maaf la encik aizad, kalo tak boleh bace pon try try la jugak buat biar sampai boleh bace yer. bukan ape, nak kejar mase. apasal la mase bagi 3 jam je. spatutnye utuk paper macam marketing ni bagi stengah jam je, tak payah pikir lame lame, tulis je ape ape..

Aku arap arap paper endocrine ngan paper chemo pasni janganla jadi macam paper marketing ni. tapi aku dah dapat rasekan dah yang chemo juge akan mengalami nasib yang same, dah dapat bau der, bau gorengan di atas kertas... tapi takpe, yang penting studi dulu, persoalan apakah ianya akan digoreng atau tidak, kita tunggu dan lihat. to all my fren.. good luck~

MEMBANGUN BERSAMA KELANTAN





=

Goreng goreng

Sunday, April 25, 2010

Final Exam dan........



hoho... dah lame betol tak update blog nih, ade la kire-kire dua bulan jugak. nak update selalu pon tak menyempat, asyik busy je memanjang.. keje besepah-sepah nak kene buat. skang ni sibuk dengan musim exam pulak, pon sibuk jugak, sibuk nak cover sbjek yang memang takkan disentuh melainkan ade test ataupun dah dekat nak exam... tu pon bace gitu-gitu je.. bile nak exam, mulelah kalut-kalut nak bace notes ngan buku. kalau notes cukup takpe lagi, ni ade yang hilang la, member pinjam tak hantar la.. awal-awal tak nak bace sape suroh, pastu mulelah nak menyesal,dah memang takde makne dah... pastu azam sem depan nak blajar awal-awal. masuk je sem seterusnye, macam tu jugak.. haish, dah memang tabiat, memang susah nak buang der..

masa-masa final ni lah ramai yang tension.. buktinye??? haa, cubelah usha-usha status member-member kat facebook.. kompem banyak status mengeluh punyer. tapi nak buat macam mane kan, kalau yang dah lepas tu lepaslah, dah memang tak boleh nak buat hape dah. kalau dah study tapi tak boleh jawab jugak, nak buat camne. tapi kalo sebab tak study, hanya dua perkataan je yang boleh diucapkan.. "PADAN MUKA". tu la, sape suroh tak study, kang dah tak boleh jawab, jadi macam aku ni.. padan kat muke aku.. adussss~

bende-bende yang berkaitan dengan exam dan yang sewaktu dengannye ni tak syok pon untuk dibincangkan, tapi ape yang penting ialah bende yang selepas exam tu.. ape bende tu?? tak lain tak bukan ialah plan untuk me'relieve'kan segala tekanan-tekanan tue, biar kepala ni jadi ringan sikit.. haa, plan relieve tension sem ni memang terbaikkkk!!! melancong ke pulau perhentian. ni dah tak sabar-sabar nak gi pulau nie. nak gi melarutkan segala apa masalah-masalah dan tekanan-tekanan yang ade dalam kepala ni ke dalam air laut, hahaha.. konfem masyuk punyerrr.. Pulau Perhentian.. TUNGGUUUUUU~~~~




Stress akan dilepaskan di sini.. Pulau Perhentian