Tuesday, January 19, 2010

Mencari Konklusi

Malam ni ade budak-budak ni ajak main futsal kat court sebelah padang kawad, tapi dapat main dua game je. Nak main lebih-lebih tak larat pulak, nak lari pon dah semput. budak-budak ni pulak sume main laju-laju, tak sempat nak kejar. Passing bola pon asyik sangkut aje. Nasib baik dapat jugaklah sentuh bola dalam dua ke tiga kali, daripada tak dapat langsung. Nampaknye stamina masih tak cukup kuat lagi, tu pasallah asyik tak lepas je kejar bola. Hmm, skarang ni problem utama ialah camne nak regain balik stamina yang dah 'kong' nie.. Nak mencari konklusi~~~
~TAUFIK WAN~

Monday, January 18, 2010

Nasib Palestin



Masa tengah makan malam dekat Puncak Alam Corner, berita kat TV3 ada menyiarkan satu laporan berita berkaitan isu Palestin. Tiba-tiba pulak fikiran ni melayang-melayang teringatkan negara islam itu yang tengah bergolak sejak 60 tahun dulu dan sampai sekarang pun masih terus diselubungi dengan perang yang tak berkesudahan. Negara islam yang di dalamnya terdapat Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga paling suci itu berterus-terusan dirobek oleh pendatang Yahudi. Penduduk asal Palestin yang kebanyakannya terdiri dari bangsa Arab Muslim dan Kristian terus dinafikan hak mereka oleh Yahudi.

Ketika kita kat Malaysia yang aman damai ni tengah syok makan makanan yang lazat dan best-best, cubalah sejenak fikirkan tentang nasib rakyat Palestin. Mereka kat sana nak dapatkan sebuku roti pun bukan main susah lagi, itupun kalau dapat. Cuba kalau benda macam tu terjadi kat Malaysia nie, mungkinkah kita punyai kekuatan yang sama macam rakyat Palestin?

Masjid Al-Aqsa yang suci itupun tengah diancam oleh Yahudi dengan terowong yang digali kat bawah masjid itu. Stuktur masjid tu dilaporkan tengah mengalami kerosakan yang teruk, berkemungkinan boleh runtuh. Tapi syukur ALLAH masih lagi melindungi masjid suci itu. tapi kebanyakan umat Islam sekarang seolah-olah tak nak ambil peduli pun pasal perkara nie. Mungkin mereka rasa isu ni tak beri apa-apa makna pada mereka, itu pun kalau mereka tahu pasal isu ni. Tapi rasanya ramai lagi orang islam yang tak tahu apa-apa pun pasal benda ni, itu lagila teruk.

Kita sebagai orang Islam kebanyakan, walaupun kita tak mampu nak tolong apa-apa baik dari segi kewangan mahupun tenaga, tapi kita bertanggungjawab untuk ambil tahu pasal perkara nie. Sekurang-kurangnya panjatlah doa kepada ALLAH supaya Palestin dan rakyatnya sentiasa dilindungi. Doa tu senjata orang Islam yang paling ampuh. Marilah kita sama-sama berdoa supaya negara Palestin dan Masjid Al-Aqsa dapat dibebaskan dari cengkaman Yahudi sebagaimana ALLAH membebaskan Masjid Al-Aqsa dari tangan tentera salib satu ketika dahulu.

~TAUFIK WAN~
2 SAFAR 1431

Saturday, January 16, 2010

Gerhana Matahari


ari jumaat lepas, dalam kire-kire pukul 3.30 petang ade brlaku gerhana matahari. kt puncak alam yg indah nie xde lah nampak ketara sangat, nak-nak mase tu dkat puncak alam nie petang-petang slalu je mendung, ingatkn boleh la jgk nak tgk. bukan slalu bnde mcam nie brlaku, tapi nak wat cemane, dah memang kne lindung dengan awan, so x nampak. tapi still boleh tgk jugak die punye effect gerhana tue, langit jadi suram je...

sempena gerhana matahari nie, saye ade terbaca satu hadis yg ade kaitan dengan kejadian gerhana nie.. harap-harap hadis nie boleh jadi pedoman untuk kite semue...

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)

Experiencing blog.....

agak tak percaya jgklah, akhirnya saya create gak blog untuk diri saya sndiri... dulu ade gak member2 yg suruh create blog nie, tapi saya buat tak tau je. dulu saya rse wt blog nie cam leceh je, cam x menarik je.. tapi bile tgk org lain punya blog cam gempak, rse tringin la plak nak ade blog sndiri... lagipun rmai member-member dah ade blog masing-masing.. so nak la jugak merasa ade blog sndiri..

tapi memandangkan dunia blog nie masih baru bagi diriku ini, saya pon cam x reti sangat nk deco blog nie lbih-lbih, kang makin terok lak jdnye.. ntahlah, mungkin blog nie akan di'decorate'kan dari semasa ke semasa, blaja slow-slow bak kate orang putih...

saya pon dh tak tau nk tulis ape dah, nie kire warming up, for the first time... lpas nie kne rajin la kot posting blog, kasi idup ckit blog nie... apa2 pon arap-arap blog nie bole beri manfaat kt semua... ~TAUFIK WAN~